Jumlah Pelawat

Saturday, October 30, 2010

Chapter 5 : My Story 2

Pantun :

Anak itik main Snooker,
Main Snooker sambil minum vodka,
Awat anak itik main Snooker?
Hang dok kalot pa? mampoih p kat dia laaa....

30/10/2010

Angin bertiup Sepoi - sepoi bahasa menyelinap ke seluruh tubuhku.. Sang mentari menaburi cahayanya di seluruh pelusuk maya.. Aku ke jendela untuk menikmati permandangan yang indah. Pagi ini aku rasakan aman. Tamat! Sekian, Wassalamu. ( Mee Hailam toi )

Rileks2, sebenarnya aku lom ada modal lg nak wat cerita, sorry eh? Tapi ari ni, aku ada cerita nak kongsi ngn korang ( Adik Aku Kata : Tu Cerita La Tu Sengal Ubi.. ). Aku nak cerita masa aku muda - muda dulu. Peristiwa - peristiwa yang aku ingat lagi sampai sekarang. Ha, cucu2 mai2 kaih dengaq tokwan nk ceqhita neh..
Tu yg cucu d0k letak telinga kat speaker buat apa? Baca sudahh.. Mana leh dengaq.. ( Toink3 Lawak Bodo.. )

AL-KISAH..

Masa tu aku umo 3 tahun, aku still tringat lagi masa 2, jepun baru saja menjajah negara kita ( Naahhh! Hancink Dahhh ). Masa aku sedang menunggang Denosor ( Denosor toknek hg! ) yg ayah aku beli kat PET SHOP kat Pendang dan hadiah kat aku masa hari lahir aku yg ke 32 tahun ( Kencing Tilam Dahh, Jemoq Toto Woi!. Bae : "Kencing tilam jemoq tilam la, yg hg p jemoq toto buat pa.." ), Tiba - tiba aku terdengar suara seseorang Memanggil aku, "Bae! bae!". Aku pon menjawab "Hensem! hensem!". ( Sekali lagi para pembaca, Bae apa? Bae Hensem! Bae apa?? Bae Hensem!! Terima kasih kerana anda memuji saya di dalam hati.. OWH.. terharunyee!! ) lalu aku pon memandang ke arah orang yang memanggil aku tadi, rupa - rupanya kawan aku Son Goku ( "Kena buhong dah geng ni.." Bisik hatiku sambil tersenyum ). Aku pon berkata "Laaa.. hang ka Goku.. aku igt sapa tadi.. Awat hg panggei aku Goku??" lalu Son Goku pon menjawab, "Wei Bae! hang nak tau x??" ( Goku cakap Kedah cek oiii ). Lantas aku bertanya "Padia Goku??" Dengan penuh semangatnya Son Goku Menjawab "Sebenaqnya Dragon Ball ada 7 bijik semuanya!". ( Tadak idea ka Bae? Bae apa? Bae hensemmm.. Terima kasih skali lagi. ) Aku terus membritahu kepadanya "Cik Goku Penah Makan Sup Kaki??" Son Goku Menjawab "Try tengok cek oi kalau nak rasa kameha meha.. Lama dah aku tak jadi Super Saiya ni.."

Sedang kami betengkar, Tiba2 datang ateromen menyapa, "Assalamualaikum.." ( Ateromen Bagi Salam Cek Oi! ) Kami pon menjawab, "wa'alaikummussalam.." Lantas Aku Men'asking ( Mula dahhh ) beliau, "Ada apa ateromen woi?". Ateromen menanswer, ( Ampunkan saya SIR! ) "Bae, hg jumpak tok imam dak?? Aku nak suruh dia mai baca2 sikit, rumah aku ada kenduri malam ni, bini aku baru pas bersalin.." ( Punggahh.. ) Bae : "Ha, Tu la hg ateromen, romen kuat sangat.. Tadi aku tgk dia p kat rumah Sailermoon, hg try p tengok kat sana tegok ateromen"
Lantas Ateromen mengucapkan ribuan terima kasih kepadaku dan dia bergegas pergi.

Selepas itu, aku pon mengajak Son Goku pergi menemani aku ke rumah Pegawal Jepun karena aku pingin sekali ketemu sama Hokage ke 4.. Aku bilang sama Son Goku "Lo mahu enggak temenin gwe ke kantor Japan? Kalo mahu, cepatan dong.. Gwe kangen bangat sama Hokage dan pingin bangat ketemu mas Naruto.. owh Alisa.. Aku sayang bangat sama kamu Alisa! U say aku.. seperti Barbie.." Opsss! Sekejap! mintak maaf kepada para pembaca, macam mana aku boleh termerepek indon pulak ni, adei.. Maaf. Sambung balik : Son Goku menjawab, "Sori la bae.. Aku ada hal ni, Nak p cari Majin Buu sat, Dia hutang aku 2 kupang tak bayaq lagi masa dia nak beli keropok Ali Baba kat KFC tadi.." ( No komen, aku ngantok da ni.. )

Wei2.. Aku dan mengntok dah ni, malas nak buat penutup.. idea tak ada ni.. Nanti la aku pergi topup idea rm10 kat maxis eh?? Tak pon aku suruh kawan aku pegi beli idea kat jaya jusco, aku taruk kat sini ok?? Terima kasih kerana membazirkan masa korg kat blog aku. Padan muka hampa!

sekian..xD

To Be Continue...

Tuesday, October 26, 2010

Chapter 4 : My Story

WARNING! : Tolong Jangan Baca Jika Anda Mempunyai Masalah Kembung Perut dan Cirit - Birit.

26/10/2010

Perjalanan hidup aku hari ini macam hari - hari biasa. Pada pukul 7.37 pagi, aku dah keluar carik nasik lemak dekat kawasan Klang ni.. ( Kedai Mamak Jer ). Jadi, aku pon ambil kunci motosikal yg aku sangkut di tepi paku dinding dalam bilik aku ( tumpang rumah member jer ) dan jugak Helmet LTD Dragonfly ( Helmet cam org naik roket.. Tu pon orang bagi gak.. Haha ) dan terus keluar menuju ke tempat letak motosikal di bawah Apartment yang aku tinggal. Sampai saja di tempat letak motosikal, aku pon masukkan kunci dan terus menyetat ( ayat baru, dalam kamus dewan tadak lagi neh ) motosikal aku ( sebenaqnya moto kwn aku bagi aku guna kat sini ja. Hoho ). Aku pon setat dan terus menyetat, tapi motosikal yang aku setat tetap tidak hidup. "Hmmm.. awat ni, minyak habis ka??" Bisik hatiku yang kecil ini.. Tiba - tiba... Aku terpaku melihat pada tempat suis motosikal yg aku naiki, sekali suis aku tak ON la pulak, patutlah setat tak hidup.. ( Bodo Punya Olang ).

Selepas daripada itu, aku memerhati di sekelilingku, takut ada orang di sekitarku ( Nak kaver malu takot kena gelak ). "Fuhhh.. Selamat xdak orang.." Bisik hati comelku lagi. Lalu aku pon mengeON ( AMARAN : sila jangan guna ayat ini jika anda tidak mahu gagal dalam perperiksaan Bahasa Malaysia ) suis motosikalku dan terus menyetat, "Klerk! klerk! vroommm.. vrooooommmm!! Cheee! Vrooommmm!! cheeee!" ( Aduh! mntak maaf kepada para pembaca! Tersilap bunyi lak, tu bunyi enjin kreta yg ada turbo.. Adeh. Skali lagi.. maaf! ) Pembetulan : "Klerk! Klerk! Prenggg.. Teng teng tengg.. Prengggg teng nteng teng Preeeeennnggggggg!!!!!! Preeeeeeeengggggggggggg!!!!" Tiba - tiba... "Woi!! Lu talak leti ludok diam ka?? Itu moto lagi 2 - 3 hali mau mampoi pon lu mau biseng ka?!! Diam sula la!". Aku terdiam seketika apabila aku dimarahi oleh sorang uncle yang berada di kawasan Apartment tersebut. Aku terbayang pesan ibuku kepadaku, "Ingat Nak.. Bersabar itu separuh daripada iman".

Aku terus masukkan gear 1 sambil aku melemparkan senyuman manis kepada uncle tersebut. Aku memulaskan ( memulas korok mu bae oi! ) handle moto serta bergerak pergi, sambil aku menoleh ke belakang dan menatap wajah uncle itu, sambil aku berkata "Ni paklong! Kalau mau dok diam2, jangan panggei ini moto ma! Lu Pigi bikin basikal la kalau takmau biseng!".
Lalu aku terus mewilli motosikalku dengan lagaknya bagaikan Mat Mempit yang berpengalaman dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perempitan Malaysia. ( Willie la sangat... ) Setelah aku keluar dari Apartment, Aku terus bergegas pergi mencari nasik lemak. Sedang asyik aku spiderman atas motosikalku itu, Tiba - tiba... "Berenti!" Aku terus menarik brek di handle motosikalku. "Crettt!!" ( Crett?? Macam penah ku dengar ayat tu.. Dimana ya? ) Aku terus Mewekang ( indahnya bahasa.. ) di depan orang yang menahanku sebentar tadi.
Rupa - rupanya orang yang menyuruh aku berhenti tadi adalah seorang makcik tua. Dia menepuk tangan dan memuji diriku "Anak ni terer la buat wekang!".

Aku menongkat motosikalku dengan bangganya. ( Bukan senang nak dapat pujian cek oi! ) "kalau awek takpa la gak.. Ni orang kata pegi, kubur kata mari..". Aku terus bertanya kepada makcik tersebut "Nak otograf ke?". Dengan selamba makcik itu menjawab, "taknak.." ( malu siot! Tebai muka cek oi! ) dengan mengontrolkavernya ( Ni kalau cekgu Bahasa Malaysia aku baca ayat ni, Tak pasal2 dia buat kenduri doa kesyukuran atas kepandaian aku mencipta perkataan yang hebat - hebat belaka ) aku bertanya, "Ada apa - apa yang saya boleh tolong makcik?". Lantas makcik itu menjawab, "Nak.. Boleh antar makcik g clubbing x? da lame makcik tak buat pole dance dekat sana.. ( Pole Dance?? Kedot dan landoq da kot.. ) da lama gak makcik tak minum Chivas ni.." ( makcik pegi balik, tengok cermin kalau ada kedot, minumlah Kopi Janda n makanlah jamu perapat.. Isk segan! ).

Setelah aku mendengar apa yang makcik tua itu mahukan, aku terus menyetati ( ikut suka hg la bae oi! ) motosikalku dan berlalu pergi tanpa aku memberi sebarang jawapan kepada makcik tua tersebut. TAMAT.

( Motif cerita ini : Merokok membahayakan kesihatan dan Gunalah Kotex, Tirus di tepi. Mudah menyerap basahan dan tiada kesan bocor. )


To be continue...

Saturday, October 23, 2010

Chapter 3 : Best Ke?


   
 Fuhhh... Music... Itu... Indah...

Kalau dah boleh SCREAM, tak ingat apa la jawapnya. Ehe. Silap, Lirik kena ingat la.. kalau tak ingat nak nyanyi camna kan.. Aku ni nak habaq mai kat hampa, hampa nak kata apa pon kata la.. aku mmg minat Music yg berat2 nih.. Kalau dah aku bukak lagu ( Time Kat Kampung Dulu La.. ) Kalau tak kena hingaQ dengan my MOM, mmg tak sah la kan.. Mau Tak nya, Pagi2 buta dah memekak, Mai malam plak, org nak tidoq, Aku memekak, Mau tak PEKAK telinga depa? hehehehe... Biasa la tu.. Jiwa muda.. ellehh..  Kalau my MOM. my DAD ngn my GRAND PA or my GRAND MA Aku muda masa zaman kita, aku agak, Depa pon sama ja.. hehehehee.... ( My DAD : "Woiii.. hang tuleh natang pa lam blong ni dok libat kami lak? Aku bagi kayu tengah Dua ataih Blakang mau??" Aku : "I'm Sorry Dad.. Cek bukan kata kat Dad la.. Saja nak panjangkan post Ni.." Isk Segan.,

Mintak maaf la ye Kawan2.. Ada satu benda yg aku tak suka, bila segelintir orang Cop lagu2 yg berat ni, terus Depa labelkan sebagai lagu "Black Metal". Secara jujurnya, Aku memang tak setuju langsung dengan gelaran macam tu. Kalau tak tahu GENRE Lagu, Jangan nak buat PANDAI.. kan kan? hehehhehe... Macam Lagu yang aku layan, bukan lagu "Black Metal", Aku suka layan lagu GENRE Screamo, Post-Rock/Hardcore, Hardcore, Metalcore, Electro/Hardcore/Metalcore, Breakdowns Dan Banyak Lagi Lahh... Nak Lebih Detail? Tengok Ruangan Band2 Di sebelah kiri anda ye, nak tau macam mana lagu Depa, Search Youtube pon ada... Kalau minat, Habaq Na? Nanti kita p JAMMING... Hehehehehe~







To Be Continue...

Wednesday, October 20, 2010

Chapter 2 : Kerja o0o Kerja...


Assalamualaikum...
Zaman skarang ni la kan, aku rasa cam susah betoi la nak dapat kerja.. tambah2 kerja yg kita impikan, JANGAN HARAP laa... susah.. Aku tringin nak jadi Perdana Menteri, Aku habaq dah kat mak aku ari tu.. Mak aku kata, "Hang Mampoih Idop Balik Pon Aku Tak Caya Hang Buleh Jadi Perdana Menteri" ( Sambil Gelak Tegolek2 ) [ Pesanan : Cerita iini hanyalah rekaan semata - mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidop ataupon yg dah terkojol. Terima kasih. ] So... Aku Pon Tak Tau la skunk ni idop aku ni nak jadi Kala Apa.. Tapi takpa la.. Kalau ada rezeki tak kemana kan? kan kan? Hehe... So, Dengaq la lagu aku nak Nyanyi kat hampa.. hahaha, Sedia Tutup Telinga! 1 2 3 mula!





Meet Uncle Hussain – La La La Kerjalah

La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan

Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La La…
La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…


To Be Continue...

Chapter 1 : Aloooo..



Assalamualaikum...
Aku ucapkan kepada kawan - kawan. Terima kasih sebab hampa teqhepa masuk Blog aku. Hehehe...  aduh... agak serabut la nak buat blog ni kan?? Ni firstime aku join blog. Tengok ramai member2 aku join. Aku pon nak tau gak apa yang best sangat pasal blog ni? So, aku pon dengan rela hatinya meringankan jari jemariku menapak di sini... Cewah!! hehe.
Bila aku start ja register akaun kat sini, Pergh..!! Aku dah mula pikiaq, "apa yg aku nak buat?" hahaha. Agak pening la jugak wahai tuan2 dan puan2 yg saya hormati sekalian.. ( 'sekalian' tu kalau hampa buat karangan form 6, jangan letak, salah tu. ) Ehe.. Jadi, aku pon try la sikit2.. wat masa ni, yg ni ja yg aku mampu buat, setakat letak gambaq, edit profile skit.. Fuhh... Myspace lagi senang aku agak. Tambah2 Facebook, Dok celah gigi ja nak buat, buat akaun, Siap!. hahaha~ 
Tapi tak pa, Bak kata orang tua2 "Tuju Guli, Jangan Sampai Masuk Bank, Satgi Kena Letak Semua" ( Pelik piau... ) Takpa, pelan2 kayoh... lama2 expert la bab Blog  ni kan.. Usaha Tangga Kat Qhumah Aku.. Ehh.. Tangga Kejayaan.. ( Lawak Bodo, Adik aku buat lawak pon org Gelak ). Okey La, Stakat Ni dulu aku meqhapu, Buat masa ni Aku takdak Topik hot lagi apa Nak Letak lam neh, So, Bila Jari jemari di Kibot, Jalan ja... Apa yang terlistas dalam kepala hotak, Bohhh!!.. Ehehe.. wokes!!
To Be Continue...